Saturday, 16 September 2017

Tambah Followers Instagram

Saya nak promote sikit . Kawan saya ada buat servis tambah followers Instagram .. Siapa minat sila WhatsApp dia 0183638413.. murah je X mahal...

Friday, 15 September 2017

Cara-cara mengurangkan kemalangan jalan raya

      Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat walaupun jalan raya di Malaysia merupakan antara jalan raya yang terbaik di dunia. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri. Oleh itu, beberapa cara perlu diambil untuk membantu mengurangkan masalah ini.

      Langkah pertama yang perlu diambil adalah menaik taraf dan membaik pulih dengan segara jalan raya yang rosak dan berbahaya kepada para pengguna jalan raya. Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu sentiasa memantau dan membaiki mana-mana jalan yang rosak. Ini kerana jalan raya yang berlubang boleh membahayakan para pengguna terutamanya penunggang motosikal pada waktu malam.

      Seterusnya, kerajaan perlu mengetatkan lagi undang-undang jalan raya. Setiap pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan hendaklah disaman. Selain itu, kerajaan juga perlu menaikkan lagi bayaran saman bagi pengguna jalan raya yang kerap melakukan kesalahan. Sekiranya pesalah tidak membayar saman, tindakan mahkamah perlu diambil dengan segara.

      Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan laluan khas untuk motosikal dan kenderaan berat. Laluan khas ini perlu bagi memastikan tahap keselamatan penunggang motosikal khususnya lebih terjamin.

      Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup untuk mengesan pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya serta memandu secara berbahaya.

      Pengguna jalan raya perlu berhemah dan bertanggungjawab ketika di jalan raya. Berhati-hati di jalan raya dan ingat orang tersayang perlu dijadikan pegangan oleh setiap pengguna jalan raya.

     

Thursday, 14 September 2017

Pengenalan

Hi semua. Abang nak tolong korong semua buat ulangkaji,kerja sekolah Dan latihan latihan yang cikgu bagi dekat sekolah. Siapa ada masalah dalam membuat karangan?? Abang tahu kenapa korang rasa karangan ni susah. Karangan ini sebenarnya senang je yang susahnya sebab korang tak fikir betul betul. Abang tahu sebab korang rasa karangan ni susah. Antara sebabnya ialah, korang tak faham tajuk karangan tu betul betul. Kalau tak faham tajuk macam mana nak buat karangan? Selain itu,korang tak tahu nak tulis  isi isi karangan tu. Bila dah tak tahu isi nak tulis apa? Pertama sekali korang ni semua kena fikir dan buat rangka karangan terlebih dahulu sebelum membuat karangan. Lepas tu baru akan dapat idea nak buat karangan tersebut. Tak apa abang tak nak type banyak sangat ni. Abang boleh tolong korang ni semua ,jangan risau. Kalau ada tajuk karangan Yang korang tak faham, sila comment di bawah. Nanti abang akan bincangkan tentang tajuk tersebut dan abang akan buat karangan berdasarkan tajuk tersebut.. Bye jumpa lagi..