Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat walaupun jalan raya di Malaysia merupakan antara jalan raya yang terbaik di dunia. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri. Oleh itu, beberapa cara perlu diambil untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Langkah pertama yang perlu diambil adalah menaik taraf dan membaik pulih dengan segara jalan raya yang rosak dan berbahaya kepada para pengguna jalan raya. Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu sentiasa memantau dan membaiki mana-mana jalan yang rosak. Ini kerana jalan raya yang berlubang boleh membahayakan para pengguna terutamanya penunggang motosikal pada waktu malam.
Seterusnya, kerajaan perlu mengetatkan lagi undang-undang jalan raya. Setiap pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan hendaklah disaman. Selain itu, kerajaan juga perlu menaikkan lagi bayaran saman bagi pengguna jalan raya yang kerap melakukan kesalahan. Sekiranya pesalah tidak membayar saman, tindakan mahkamah perlu diambil dengan segara.
Selain itu, kerajaan juga perlu menyediakan laluan khas untuk motosikal dan kenderaan berat. Laluan khas ini perlu bagi memastikan tahap keselamatan penunggang motosikal khususnya lebih terjamin.
Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup untuk mengesan pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya serta memandu secara berbahaya.
Pengguna jalan raya perlu berhemah dan bertanggungjawab ketika di jalan raya. Berhati-hati di jalan raya dan ingat orang tersayang perlu dijadikan pegangan oleh setiap pengguna jalan raya.
Sila comment tajuk karangan yang kamu nak saya buat atau bincangkan.
ReplyDeletesila boleh buat tentang pengalaman jalan raya
ReplyDeletesecara ringkas
Karangan pt3 satu perenggan at leat 3-4 ayat😪
ReplyDeletesila buat karangan tentang keperihalan percutian ke luar negara
ReplyDeleteBersukan banyak memberi manfaad
ReplyDelete